| Kepuasan anda adalah komitmen kami dan kami telah menyenaraikan soalan-soalan lazim beserta jawapannya untuk rujukan
anda. Jika anda anda lain-lain soalan, anda boleh menghantarkannya ke
e-mel kami di support@digitalfive.com
Apa
itu epass?
epass adalah seperti pasport yang
memberi laluan kepada ahli-ahli untuk menyertai peraduan
di semua rangkaian laman web dengan hanya sekali pendaftaran.
Selain daripada itu, ahli-ahli akan menerima berita terkini
dan peraduan terbaru yang dianjurkan.
Adakah
ini bermakna saya tidak perlu mendaftar untuk peraduan-peraduan
lain?
Ya, benar. Maklumat anda akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan setiap kali anda memilih untuk mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti di laman web, maklumat anda akan dipanggil semula secara automatik
Bagaimana
pula dengan rahsia maklumat?
Kami tidak akan berkongsi sebarang
butir-butir peribadi ahli-ahli kami tanpa kebenaran terlebih
dahulu.
Informasi
apa yang akan saya terima?
Dua minggu sekali, epass akan menghantar senarai peraduan
terbaru di rangkain web kami, promosi yang hangat dan
juga aktiviti-aktiviti terbaru yang dianjurkan di rangkaian
web kami supaya anda berpeluang untuk menyertainya sebelum
pengguna lain. Selain daripada itu, kami juga memberi
anda pembayang untuk menolong anda memenangi peraduan
yang di anjurkan.
Ada
bayaran untuk menggunakan epass?
TIDAK! Servis yang kami tawarkan adalah percuma.
epass
ada tarikh luput?
epass yang tidak digunakan dalam tempoh 6 bulan akan
luput.
Laman
yang manakah menggunakan epass?
Di bawah adalah senarai laman web
yang menggunakan epass.
Saya
terlupa kata laluan saya, apakah yang harus saya lakukan?
Jika anda terlupa kata laluan anda, klik pada tanda soal di
atas. Anda dikehendaki
mengisi e-mel anda dan kami akan menghantar pembayang kata laluan anda. Jika
anda tidak mengisi bahagian pembayang, sila hubungi support@digitalfive.com dan kami
akan memberi kata laluan anda.
Bagaimana
boleh saya membolehgunakan “cookies” pada
“browser” saya?
1. Semak versi “browser”
anda..
Untuk membolehgunakan “cookies”, anda perlu
menyemak versi “browser” anda. Untuk menyemak
versi “browser” anda, sila ikut langkah-langkah
mudah yang berikut:
 |
Untuk Internet Explorer:Klik pada
menu “Help” dan klik pada “About
Internet Explorer” |
 |
For Netscape:Klik pada menu “Help”
dan klik pada “About Communicator” |
2. Ikuti arahan konfigurasi yang sesuai dengan “browser”
anda..
 |
Netscape 4.x
1. Klik pada “Edit” dalam menu
2. Di bawah “Edit”, pilih “Preferences”
3. Klik pada “Advanced” (Bukan pada
"+" atau "-")
4. Dalam ruangan kotak dialog “Cookies”,
pilih “Accept all cookies”
Paparan imej: Netscape
4.x |
 |
Netscape 6.x
1. Klik pada “Edit” dalam menu
2. Di bawah “Edit”, pilih “Preferences”
3. Dwi-klik pada “Privacy & Security”
4. Klik pada “Cookies”
5. Dalam ruangan kotak dialog “Cookies”,
pilih “Accept all cookies”
Paparan imej: Netscape
6.x |
 |
Internet Explorer 5.x
1. Klik pada “Tools” dalam menu
2. Di bawah “Tools”, pilih “Internet
Options”
3. “Internet Options”, klik pada tab
“Security”
4. Pilih ikon Internet zon maklumat web
5. Klik pada “Custom Level” di bawah
kotak dialog
6. Skrol ke bawah hingga ke “Cookies”
dan pastikan kedua-dua butang “Allow Cookies”
dan “Allow per-session cookie” disetkan
kepada “Enable”
Paparan imej: IE
5.x |
 |
Internet Explorer 6.x
1. Klik pada “Tools” dalam menu
2. Di bawah “Tools”, pilih “Internet
Options”
3. “Internet Options”, klik pada tab
“privacy”
4. Di bawah “Settings”, gerakkan penanda
ke “Medium” untuk zon Internet
5. Klik pada butang “Advanced” untuk
memastikan “Override automatic cookie handling”
tidak bertanda. Jika anda mahu menggantikan “setting”
yang sedia ada pula, pastikan anda memilih “Always
allow session cookies”
6. Klik “OK”
Paparan imej:
IE
6.x: Enabling cookies
IE
6.x: Advanced Privacy Settings |
3. Jika versi “browser” anda tidak tersenarai
dalam Soalan Lazim ini, sila kemaskinikannya di rangkaian
berikut:
4. Setelah pengemaskinian selesai, tutup “browser”
dan “restart”. Anda perlu melaksanakan langkah
ini untuk mengaktifkan pengemaskinian tersebut. |